F Nadzmi Adhwa genggam ijazah seni reka grafik | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nadzmi Adhwa genggam ijazah seni reka grafik

Pelakon baharu, Nadzmi Adhwa, 24, bersyukur apabila kerja keras dirinya belajar sambil berlakon berbalas dengan segulung ijazah, hari ini. Calon Top 5 kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 29 itu menerima Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik dan Multimedia dengan kepujian pada sidang pagi Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) kali ke-84 di Shah Alam.

Semalam, seorang lagi calon akhir ABPBH 29, Mira Filzah, turut menerima segulung ijazah selepas menamatkan pengajian dalam bidang Perniagaan Antarabangsa di universiti sama. "Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana akhirnya pengorbanan dan usaha saya berbalas. Di sebalik dugaan belajar sambil berlakon, saya berjaya juga mengharunginya. "Pastinya, saya membawa harapan ibu bapa yang mahu saya cemerlang di bidang akademik. Mereka ingin saya menghabiskan dulu pengajian sebelum melakukan perkara lain, tetapi saya pula turut berlakon ketika belajar. "Begitupun, saya mampu juga membuktikan kita boleh berjaya dalam dua bidang dengan disiplin dan usaha gigih. Saya berupaya untuk memenuhi impian mereka dan pada masa sama meneruskan minat saya dalam dunia seni," kata pelakon drama Hati Perempuan ini. Sebelum melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah di UiTM Puncak Alam, Nadzmi terlebih dulu mengikuti kursus diploma di UiTM Sarawak selama dua tahun setengah. "Saya percaya dan optimis, di sebalik dunia glamor yang diceburi, aspek akademi juga perlu dititik beratkan. Ia jaminan untuk masa depan kita," katanya.


Powered by Blogger.