F Nad Zainal masih kunci mulut soal hamil | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nad Zainal masih kunci mulut soal hamil

Spekulasi mengenai cerita kehamilan Nad Zainal masih meninggalkan tanda tanya. Pelakon genit ini ketika ditemui masih mengunci mulut mengenai hal berkenaan. Bagaimanapun dia tidak mengiyakan mahupun menafikan cerita terbabit. Nad atau arah Nadia Zainal Abidin yang berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember tahun lalu memaklumkan akan hanya berkongsi berita itu jika sudah ada kepastian. "Benda yang elok, pastinya saya akan kongsi. Sampai masa, saya akan maklumkan nanti," katanya ringkas ketika hadir memberi sokongan kepada pertunjukan fesyen Cosry Kartina Raya 2016 di Publika, Solaris Dutamas baru-baru ini. Mengenai perkembangan seni, Nad baharu sahaja selesai penggambaran telefilem untuk siaran Aidilfitri di samping Datuk Rosyam Nor. Ia kerjasama kedua Nad dan Rosyam selepas telefilem Mawar Putih Tanda Perpisahan yang disiarkan pada 2013. "Tajuknya belum boleh didedahkan. Pendek kata, segala butiran berkaitan telefilem itu belum dapat saya kongsi. "Saya kembali ke pangkuan Rosyam untuk kali kedua bagi telefilem ini. Berlakon dengan beliau cukup mudah kerana keserasian sudah ada. Senang cerita, memang beliau seorang pelakon yang 'memberi'. Seronok sangat berlakon dengannya," katanya. Nad juga akan muncul dengan filem ketiga selepas Kami Histeria dan Juvana berjudul Aku Haus Darahmu, di sisi Zoey Rahman, Deanna Yusoff dan Sweet Farhana.


Powered by Blogger.