F Nad Zainal hamil 4 bulan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nad Zainal hamil 4 bulan

Tampil memberi penjelasan, pelakon Nad Zainal mengesahkan dirinya hamil empat bulan. Kenyataan itu sekali gus menepis dakwaan kononnya Nad menafikan dirinya hamil seperti yang dihebohkan sebelum ini. Nad berkata, dia merahsiakan berita gembira itu atas nasihat ibu dan doktor. "Kandungan saya sekarang ini berusia empat bulan lebih. Sebelum ini, saya pernah berkongsi berita kehamilan saya dalam akaun Instagram. Tetapi kemudian, saya padam status itu. "Bukan niat saya menyembunyikan berita itu. Semuanya atas nasihat doktor dan ibu. Ketika itu, kandungan saya baru berusia 18 minggu dan masih terlalu awal. "Mereka bimbang sesuatu yang buruk berlaku kerana dalam usia begitu, rahim masih belum kuat," katanya ketika ditemui pada majlis Ramadan Preview - Iftar@Intekma, di sini. Dijangka melahirkan bayi Oktober depan, pemenang trofi Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH 2014 mengakui tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi sulungnya itu. "Sebelum ini saya menjalani teknik imbasan kandungan tetapi tak nampak jantinanya. Kalau boleh, saya nak anak perempuan sebab boleh bergaya comel," kata pelakon serba boleh ini.


Powered by Blogger.