F Nad Zainal Ada Sebab Rahsiakan Berita Dirinya Hamil | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nad Zainal Ada Sebab Rahsiakan Berita Dirinya Hamil

Pelakon Nad Zainal mengesahkan dirinya hamil empat bulan sekali gus menepis dakwaan kononnya dia menafikan dirinya hamil seperti yang dihebohkan sebelum ini.

Memetik laporan BH online, Nad berkata, dia merahsiakan berita gembira itu atas nasihat ibu dan doktor memandangkan usia kandungannya masih baru.

"Kandungan saya sekarang ini berusia empat bulan lebih. Sebelum ini, saya pernah berkongsi berita kehamilan saya dalam akaun Instagram. Tetapi kemudian, saya padam status itu.

"Bukan niat saya menyembunyikan berita itu. Semuanya atas nasihat doktor dan ibu. Ketika itu, kandungan saya baru berusia 18 minggu dan masih terlalu awal.

"Mereka bimbang sesuatu yang buruk berlaku kerana dalam usia begitu, rahim masih belum kuat," katanya.

Pelakon drama Kampung Girl ini dijangka melahirakan anak sulungnya pada Oktober depan.
Powered by Blogger.