F Nad kongsi gembira hamil 4 bulan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Nad kongsi gembira hamil 4 bulan

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti tidak sabar menanti kehadiran penyeri dalam keluarga iaitu cahaya mata.

Siapa sangka selepas lima bulan melayari bahtera perkahwinan bersama pilihan hatinya, Muhammad Faliq Amiruddin, 28, pelakon Nad Zainal akhirnya mendapat khabar gembira apabila dia bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Nad, 26, ketika ditemui berkata, dia begitu teruja apabila disahkan hamil dan kandungannya kini sudah berusia lebih empat bulan.

Biarpun sebelum ini Nad memuat naik berita kehamilan itu di Instagram ketika kandungan berusia 18 minggu, namun pelakon yang popular menerusi drama Mawar Putih Tanda Perpisahan itu tidak bersedia berkongsi berita berkenaan dengan media ketika itu.

Menurut Nad, dia tidak berniat untuk menyembunyikan berita gembira itu tetapi memilih berdiam diri memandangkan usia kandungannya masih baru selain atas nasihat doktor dan keluarganya.

“Kami tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata. Biarpun selepas lima bulan berkahwin disahkan hamil, namun ini semua rezeki Allah SWT. Doakan semuanya berjalan lancar.

“Bukan saya mahu merahsiakannya, tetapi doktor dan keluarga turut menasihatkan supaya kandungan ini betul-betul kuat barulah dikongsi dengan umum,” katanya.

Tambah Nad, suami antara individu yang paling teruja dan bahagia sebaik sahaja doktor mengesahkan dia hamil.

Bersalin Oktober ini

Bercerita mengenai alahan, Nad berkata, dia kini tidak lagi mengalami alahan seperti pada awal kehamilan.

“Bulan pertama kehamilan saya muntah teruk tetapi sekarang saya dan bayi dalam kandungan sihat, cuma suami saja yang mengadu pening kepala.

“Saya akan meneruskan aktiviti seni seperti biasa sehingga pertengahan Jun ini dan selepas itu kena buat persediaan menyambut kelahiran ‘orang baru’,” katanya.

Nad yang dijangka bersalin pada 20 Oktober ini masih aktif dengan beberapa projek seni terbarunya.

“Memandangkan perut saya masih belum kelihatan, saya terima saja sebarang tawaran yang bersesuaian.

“Jika tiada aral melintang, dalam waktu terdekat ini saya akan menjalani penggambaran telemovie raya arahan Sabri Yunus dan Tribute P Ramlee arahan Nizam Zakaria,” katanya yang berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember tahun lalu.
Powered by Blogger.