F MPB terima 51 pencalonan akhir Anugerah Seri Angkasa | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

MPB terima 51 pencalonan akhir Anugerah Seri Angkasa

Media Prima Berhad (MPB) menerima 51 pencalonan akhir pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016 yang bakal berlangsung di Auditorium Perdana, Angkasapuri pada 20 dan 21 Mei ini. Antara kategori yang ditandingi produk terbitan ataupun siaran MPB pada anugerah itu kali ialah Drama TV Terbaik, Drama TV Bersiri Terbaik, Pengarah Drama TV Terbaik, Skrip Drama TV Terbaik, Pelakon Lelaki Drama TV Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Drama TV Terbaik. MPB turut disenaraikan ke peringkat akhir dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik, Pelakon Lelaki TV Komedi Terbaik, Pelakon TV Kanak-Kanak Terbaik, Laporan Istimewa Berita Terbaik di TV, Dokumentari Terbaik dan Rancangan Majalah Terbaik. Bagi edisi kali ini, MPB sekali lagi bakal bekerjasama dengan penganjur utama, Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama rakan penyiaran lain seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Astro dan TV AlHijrah bagi memperkasakan lagi sektor penyiaran tanah air. ASA 2016 bakal memberi penghormatan dan pengiktirafan buat pengamal arena penyiaran, kru produksi, penerbit dan kru teknikal yang terbaik di Malaysia. Bertemakan Evolusi Tanpa Batasan, acara dijadualkan berlangsung jam 9 malam itu bakal bakal diacarakan oleh Adibah Noor, Nana Mahazan, Muaz Mohamad dan Terence Dass. Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen MPB, Datuk Kamal Khalid, beliau percaya persaingan positif di antara organisasi berbeza seperti itu akan meningkatkan lagi semangat karyawan penyiaran untuk bekerja lebih keras bagi menghasilkan lebih banyak idea kreatif. "Kami berharap dapat menghantar lebih banyak penyertaan untuk kategori lain dalam tahun-tahun seterusnya," kata beliau. Jangan lupa saksikan ASA 2016 secara Definisi Tinggi (HD) menerusi portal tonton jam 9 malam pada 20 dan 21 Mei ini.


Powered by Blogger.