F Mira Filzah Tak Marah PU Rahmat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mira Filzah Tak Marah PU Rahmat

Pelakon yang sedang meningkat naik namanya, Mira Filzah, menganggap surat terbuka tulisan Pencetus Ummah (PU) Rahmat menerusi Facebook dan ditujukan khas untuknya sekadar untuk mengajak orang ramai ke arah melakukan kebaikan dan kebajikan kepada sesama umat Islam.

Memetik laporan Kosmo! pelakon Cinta Si Wedding Planer ini merasakan tindakannya Pu Rahmat itu adalah salah satu langkah yang bagus untuk memberi kesedaran tentang kesengsaraan saudara seagama kita yang selama ini mungkin tidak dipandang serius sesetengah pihak.

Mira juga tidak marah apabila namanya seolah-olah digunakan sebagai pelaris, sebaliknya dia berlapang dada dengan surat tersebut.

"Selagi sesuatu perkara atau tindakan dilakukan dengan niat baik dan ke arah positif, saya tiada masalah. Asalkan ia membawa kebaikan kepada semua orang yang membacanya. Setidak-tidaknya, tindakannya itu menjadikan mesej yang terselit dalam surat tersebut sampai kepada khalayak," ujarnya.

Dalam pada itu mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan PU Rahmat sebenarnya cuba memikatnya dengan cara halus menerusi surat tersebut, ini respon Mira,

"Rasanya jika keseluruhan isi kandungan surat tersebut dibaca dengan teliti, pembaca akan faham niat sebenar PU Rahmat iaitu untuk menyeru masyarakat di negara ini untuk membantu umat Islam di negara-negara bergolak.

"Bagi yang berfikiran sebaliknya, mungkin mereka tidak membaca atau memahami keseluruhan kandungan surat tersebut", katanya.
Powered by Blogger.