F Miley Cyrus Dikecam Kerana Salah Nama Planet | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Miley Cyrus Dikecam Kerana Salah Nama Planet

Bintang kontroversi, Miley Cyrus dikecam lagi gara-gara salah menamakan tatoo baru dilengannya yang menunjukkan sebuah planet.

Menerusi laman sosial Instgram miliknya, Miley memuat naik hasil lukisan tatoo tersebut berserta kapsyen,

"permaaaa skinnnnn arrrrrttttt by daaaa mosssst bad a$$ @laurenwinzer ???????????? #stonerasfuck #lilbbjupiter


Namun apa yang menjadi persoalan, lukisan tatoo tersebut jelas menunjukkan planet berkenaan mempunyai gelung mengelilingi planet itu yang mana ianya sebenarnya adalah planet Zuhal (Saturn), bukannya planet Musytari (Jupiter).

Zuhal merupakan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari.

Ramai memberikan reaksi dan komen mengecam pelantun lagu Wrecking Ball ini kerana dianggap tidak tahu membezakan antara dua planet tersebut.

"Itu Musytari,", "Pastikan anda tengok dulu betul-betul planet itu sebelum memuat naik status, itu Musytari". "Sangat memalukan kerana anda sendiri tidak tahu tatoo anda" itu antara komen-komen netizen.

Namun ada pihak yang mempertahankan Miley dengan menyatakan,

"Apa kata anda semua beli buku tentang angkasa. Baru anda akan tahu bahwa itu adalah Jupiter", "Jupiter juga mempunyai gelung", itu komen-komen penyokong Miley.

Kajian sains mendapati Musytari juga mempunyai gelung yang mana terdiri daripada debu-debu dan batu-batuan kecil. Tetapi gelung tersebut sukar dilihat dengan mata kasar.

Bagaimanapun, bintang yang cukup popular menerusi siri fenomena Hanna Montanah ini telah memadamkan perkataan ##lilbbjupiter tersebut.
Powered by Blogger.