F Mia Ahmad Jelaskan Isu Gosip Cinta Dengan Penjaga Gol JDT | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mia Ahmad Jelaskan Isu Gosip Cinta Dengan Penjaga Gol JDT

Pelakon yang sedang meningkat naik, Mia Ahmad mengakui terlalu awal untuk mengiyakan ada cinta terbit antara beliau dengan penjaga gol dari pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi.

Mia yang ingin bersikap jujur dengan peminatnya mengakui hubungannya dengan Izham sekadar rakan biasa. Tidak mahu terlalu hebat bercerita sesuatu yang dia sendiri tidak pasti, pelakon cantik ini lebih selesa membiarkan waktu menentukan perjalanan hubungan itu.

Namun buat masa ini lebih senang untuk dia menjelaskan fakta bahawa dia dalam fasa tanpa cinta terhadap mana-mana lelaki.


Tidak menolak sudah memikirkan soal perkahwinan, namun tiada tanda ke arah merobah status diri dalam waktu terdekat. Selesa berkawan dan hanya mahu orang di luar mengetahui Izham adalah seorang yang baik, tanpa selindung mengakui dirinya senang sebegitu.


Apapun, jika sudah jodoh mereka tak kemana jua. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat Mia Ahmad dan Izham Tarmizi.

Powered by Blogger.