F Mendiang Prince dipercayai menderita AIDS sebelum mati | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mendiang Prince dipercayai menderita AIDS sebelum mati

Prince dipercayai menderita penyakit AIDS sebelum ditemui mati, minggu lalu dan mendiang enggan mendapatkan rawatan kerana percaya Tuhan boleh menyembuhnya. Mendiang Prince dikesan dijangkiti HIV pada 1990-an tetapi jangkitan itu hanya berkembang menjadi AIDS pada enam bulan lalu. Menurut sumber kepada akhbar tabloid National Enquirer, penyanyi Purple Rain itu 'tidak mendapatkan rawatan kerana mendiang beranggapan Tuhan akan menyembuhnya dirinya.' Mendiang dikatakan membuat persiapan untuk mati pada tempoh agak lama. Ketika kematian, berat badannya cuma 36 kilogram. Prince, 57, juga dikatakan ketagih kepada pil tahan sakit Percocet. Seorang sumber yang tidak didedahkan Enquirer berkata: "Doktor memaklumkan Prince bahawa jumlah sel darah merah beliau rendah secara luar biasa dan suhu badannya susut ke paras di bawah normal berbahaya daripada 37 darjah selsius kepada 34 darjah selsius. "Darah beliau amat kekurangan besi. beliau amat lemah dan sering dalam keadaan tidak terurus. Beliau jarang makan, muka kekuningan, kulit pada leher beliau jatuh dan hujung ibu jarinya berwarna kuning coklat." Satu kenyataan individu rapat dengan Prince selepas kematiannya berkata, beliau mati akibat selsema iaitu jangkitan yang mungkin membawa maut jika sistem imun beliau dimusnahkan penyakit AIDS. Beberapa hari sebelum beliau ditemui mati dalam sebuah lif di rumah agam miliknya Paisley Park, di Minneapolis, beliau pergi ke farmasi tempatan untuk mengambil bekalan preskripsi ubat. Seorang pekerja di rangkaian farmasi Walgreens yang melayani beliau berkata, "Kami semua terkejut melihat beliau datang pada malam terakhir kelihatan amat teruk. Kami berkata, kami mendoakan kamu."


Powered by Blogger.