F Megan Fox & Brian Austin Bercuti Di Hawaii Untuk Baiki Hubungan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Megan Fox & Brian Austin Bercuti Di Hawaii Untuk Baiki Hubungan

KHABAR tentang perceraian Megan Fox dan Brian Austin Green mengejutkan banyak pihak, lebih-lebih lagi apabila dia kini sedang hamil.

Biarpun sedang menjalani proses perceraian di mahkamah, namun pasangan ini dilaporkan masih memperbaiki hubungan rumah tangga yang dibina pada 2010 itu.

Seperti dilapor People, pasangan tersebut kini sedang bercuti di Hawaii dan menginap di sebuah hotel mewah yang menjadi tempat perkahwinan mereka lalu.

"Mereka sedang bercuti bersama anak-anak di tempat kegemaran mereka. Tempat itu menyimpan pelbagai kenangan tentang saat-saat manis mereka bersama," ujar sumber.

Sumber memberitahu, percutian tersebut dirancang oleh suaminya Brian untuk kembali memperbaiki hubungan mereka.

"Mereka sedang mempertimbangkan tentang keputusan untuk bercerai itu, mereka juga tidak mahu anak-anak menjadi mangsa perceraian," ujar sumber lagi.
Powered by Blogger.