F Mary, Jane, Arina, Fatin finalis Clever Girl Malaysia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mary, Jane, Arina, Fatin finalis Clever Girl Malaysia

Peserta dari Selangor, Kelantan, Pahang dan Perak melakar sejarah apabila terpilih mara ke peringkat akhir program realiti, Clever Girl Malaysia (CGM) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Ahad depan. Mereka adalah Arina Mohd Fairin Lum, 26, dari Selangor; Fatin Nuraisya Mohd Hanipha, 28, (Kelantan); Mary Josephine Muhammad Houston, 26, (Pahang) dan Jane Lam Wai Chuin, 24, (Perak). Dua peserta iaitu Nur Aliana Ahmad Rozaino, 25, mewakili Melaka dan An Nuur Nadhirah Abdul Halim, 26, (Negeri Sembilan) terpaksa mengucapkan selamat tinggal apabila tersingkir pada peringkat separuh akhir di lokasi sama, malam ini. Pertandingan peringkat separuh akhir itu turut menyaksikan peserta dari Pahang iaitu Mary dinobatkan sebagai juara mingguan. Dalam pertandingan ini, peserta perlu melalui dua cabaran iaitu dalam pusingan pertama, peserta akan bersaing untuk menjawab 10 soalan yang dikemukakan, dan setiap soalan bernilai 5 markah. Pusingan kedua pula menawarkan markah antara 10 hingga 100 sebelum peserta yang mendapat markah terendah dibawa ke pusingan penyingkiran. Program yang mula bersiaran pada 13 Mac lalu itu menyaksikan 14 gadis mewakili negeri masing -masing untuk bersaing merebut gelaran gadis paling pintar, sekali gus merebut hadiah wang tunai RM100,000. Rancangan terbabit tidak menggunakan sebarang sistem undian, sebaliknya peserta dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan menjawab soalan kuiz.


Powered by Blogger.