F Maria Farida Trauma, Upah Pengawal Peribadi | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Maria Farida Trauma, Upah Pengawal Peribadi

Aktres jelita Maria Farida mengakui mengalami trauma dan fokusnya terhadap kerja sedikit sebanyak terganggu gara-gara fitnah dan gangguan menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) dan laman sosial daripada bekas isteri suaminya yang dikenali sebagai Karen.

Memetik laporan Kosmo!, Maria mendedahkan, sejak sebelum berkahwin sehinggalah selepas bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Rahman Shakur, 61, pada 26 November 2015, Datin Maria Farida, 46, mendakwa kehidupannya tidak pernah tenteram.

Disebabkan seringkali diganggu, dia dan suami memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita itu.

Sebanyak tiga notis tuntutan saman telah dikeluarkan kepada wanita berkenaan iaitu pada 11 November dan 17 Disember 2015 serta terbaharu, 7 Mei lalu.

"Kehidupan saya bersama suami dan keluarga amat bahagia. Walaupun sibuk berlakon, saya tetap membahagikan masa untuk fokus terhadap tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak kandung serta anak-anak tiri.

"Cuma sejak sebelum berkahwin sehingga ke hari ini, iaitu sepanjang tempoh sembilan bulan ini, saya dan suami tidak henti-henti difitnah dan menerima gangguan daripada bekas isterinya, Karen.

"Antaranya fitnah di laman sosial miliknya yang menuduh saya sebagai perampas suami orang, mengamalkan ilmu sihir dan menampar anak bongsunya, Qalif Ryan, 7.

"Saya masih boleh bersabar dengan semua tuduhan tersebut sehinggalah didakwa sebagai ibu tiri yang jahat, itu sudah melampau. Walhal saya sayangkan anak tiri sama seperti anak kandung.

"Selain itu, saya juga menerima ratusan SMS berbau ugutan hampir setiap hari. Saya juga diugut bunuh dan akan disimbah asid olehnya, malah suami juga menerima mesej yang lebih kurang sama,"

Sejujurnya saya kini berdepan trauma. Selain terganggu fokus sewaktu bekerja, ia sedikit sebanyak menjejaskan emosi," katanya.

Selain itu, pasangan tersebut telah mengupah pengawal peribadi sejak tahun lalu bagi menjaga keselamatan mereka sekeluarga.

"Disebabkan gangguan dan segala ugutan, saya dan suami juga telah mengambil keputusan untuk mengupah pengawal peribadi sejak tahun lalu bagi menjaga keselamatan kami sekeluarga," tuturnya.
Powered by Blogger.