F Majlis resepsi Hafiz berlangsung meriah | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Majlis resepsi Hafiz berlangsung meriah

Majlis resepsi perkahwinan penyanyi, Hafiz Suip, dan isteri, Nureffy Jesreel Abdullah, berlangsung meriah dengan dihadiri lebih 1,000 ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, sebentar tadi. Bertemakan persandingan 'English Garden', Hafiz dan Nureffy, mengenakan persalinan serba putih serta menggabungkan adat Melayu Sarawak. Antara adat lama Melayu Sarawak yang jarang diamalkan ialah 'turun naik tangga' bagi melambangkan pasang surut kehidupan berumah tangga. Antara rakan artis yang hadir ialah pengacara terkenal, Aznil Nawawi, dan penyanyi, Misha Omar.


Powered by Blogger.