F Maher Zain muncul dengan album baharu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Maher Zain muncul dengan album baharu

Selepas empat tahun sepi tanpa karya baharu, penyanyi terkenal dari Lubnan, Maher Zain, bakal muncul menerusi album ketiga beliau bulan hadapan. Menurut wakil Maher Zain di Malaysia, Pengarah Urusan Inteam Records Sdn Bhd, Muhammad Hazamin Harun, album berkenaan bakal mengembalikan kegemilangan album pertama Maher iaitu Insya Allah dengan keistimewaan dan keunikan tersendiri. "Istimewanya album kali ini, selain mengekalkan konsep asal, pop R&B, album ini juga mengetengahkan lagu yang berentak etnik India, Arab, Afrika serta Turki. Selain itu, album ini juga menampilkan Maher berduet bersama beberapa rakan artis. "Ia mengandungi 15 trek lagu, dengan dua single pertama iaitu the Power dan Peace be Upon You ('Alaika) akan dilancarkan secara berperingkat-peringkat sebelum Ramadan," katanya menerusi kenyataan media yang dikirimkan kepada BH Online. Menerusi album berkenaan, Maher bertindak sebagai penulis dan komposer bagi setiap lagu yang dimuatkan. Ia diedarkan secara eksklusif oleh syarikat Inteam Records Sdn Bhd selaku pengedar tunggal bagi pasaran Malaysia.


Powered by Blogger.