F Mahathir tidak ganggu tugas KPN | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Mahathir tidak ganggu tugas KPN

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor mendedahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah masuk campur dalam urusan kerjanya ketika beliau menjawat jawatan sebagai ketua polis negara.

Katanya, beliau senang bekerja dengan Mahathir kerana beliau seorang yang profesional.

"Semasa saya 10 tahun sebagai Pengarah SB dan KPN, saya berasa senang tidak ada ganggu gugat tidak ada campur tangan Tun Mahathir faham apa yang saya nak cuba ketengahkan demi keperluan negara, keselematan.

"Termasuk dalam Operasi Lalang  sebagaimana saya telah mengusulkan kenapa kita perlu habiskan saki baki komunis ini...," katanya dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-39 akan diadakan hari ini di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam dengan tajuk ‘Siapa lebih berkuasa: Pentadbir atau ahli politik?’
Powered by Blogger.