F Luhan Dihalang Memasuki Taiwan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Luhan Dihalang Memasuki Taiwan

PENYANYI dan pelakon Luhan telah dihalang daripada memasuki Taiwan selepas dia didapati menyalahgunakan visa lawatannya ke negara itu untuk menjalani penggambaran program Off to School.

Allkpop melaporkan Luhan dilarang memasuki negara berkenaan selama lima tahun biarpun mempunyai visa lawatan pelancong berkuatkuasa 3 Mei lalu.

Luhan bagaimanapun dibenarkan memasuki negara itu selepas dua tahun tempoh penggantungan itu namun hanya dibenarkan untuk tujuan bekerja.

Selain Luhan, lapan lagi pelakon terlibat dalam program berkenaan bersama 10 krew turut dikenakan tindakan sama.

Pihak penerbit Off to School bagaimanapun mengakui kesalahan tersebut dan meminta maaf atas kejadian itu.

Kerja penggambaran telah dihentikan serta-merta.
Powered by Blogger.