F Liza Hanim risau suara tak sehebat dulu | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Liza Hanim risau suara tak sehebat dulu

Penyanyi Liza Hanim mengaku gusar jika tidak mampu lagi menyanyikan lagu bernada tinggi seperti zaman awal kemunculannya. Bagaimanapun, sehingga kini, Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hanim Abdul Halim, 37, berkata, vokalnya masih sama. Liza berharap suaranya terus kekal berikutan bidang nyanyian sudah menjadi sebahagian daripada punca pendapatan. "Sebagai wanita, terutama selepas melahirkan anak, suara kita tidak akan sama seperti dulu. Saya tunggu saat suara saya tidak mampu mencapai nada tinggi seperti dulu. "Tetapi, alhamdulillah, sehingga sekarang saya masih lagi menyanyikan lagu-lagu lama yang kebanyakannya bernada tinggi," katanya kepada BH Online. Liza yang mula popular menerusi lagu Getaran Di Jiwa pada 1990-an berkata, vokalnya masih sama seperti zaman muda mungkin disebabkan latihan nyanyian yang diamalkan setiap hari di rumah. Sementara itu, Liza yang berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Indigo, Mohd Shahrin Mohd Samsudin atau Shah berkata, dia mahu tampil dengan lagu baharu bersama komposer muda. Menurutnya, single baharu itu perlu mempunyai elemen terkini tetapi mengekalkan gaya nyanyiannya. "Sepatutnya, tahun ini saya sudah ada lagu baharu untuk dipasarkan. Tetapi disebabkan terlalu sibuk, ia tertangguh. "Bagaimanapun, saya harap single baharu saya dapat dikeluarkan segera. Saya masih mencari material yang sesuai. Jika ada komposer muda yang ingin berkolaborasi dengan saya, lebih baik," ujarnya. Pada Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 (ABPBH 29) lalu, Liza muncul menyanyikan lagu Getaran Cinta Di Jiwa dalam segmen memperingati komposer, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan. Selain Liza, segmen itu dijayakan Datuk Jamal Abdillah dan Misha Omar.


Powered by Blogger.