F Leonardo DiCaprio Berfoya Dengan Model Victoria Secret | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Leonardo DiCaprio Berfoya Dengan Model Victoria Secret

PELAKON Leonardo DiCaprio yang terkenal dengan sikap gemar berfoya-foya dilihat menghabiskan masa bersama model Victoria Secret, Georgia Fowler di sebuah kelab di Cannes baru-baru ini.

Daily Mail melaporkan Leonardo yang memakai topi dilihat mesra sambil menari dengan Georgia yang juga bekas teman wanita penyanyi Harry Styles.

"Sesekali Leonardo dilihat memegang wajah Georgia sambil berbisik sesuatu kepadanya dan lagak mereka cukup mesra.

"Walaupun dia memakai topi untuk menutup wajahnya namun orang ramai masih mengenalinya," kata sumber.


Leonardo turut berkungjung ke kelab berkenaan bersama teman-temannya.

Minggu lalu, pelakon filem The Revenant itu dilihat menghabiskan masa bersama model Ela Kawalec yang dikaitkan sebagai teman wanitanya.

Malah baru-baru ini Leonardo menghadiri sebuah konsert bersama penyanyi Rihanna dan mereka kelihatan cukup mesra bersama.
Powered by Blogger.