F Lay EXO pengsan keracunan makanan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lay EXO pengsan keracunan makanan

Situasi tidak dijangkakan menimpa Lay daripada kumpulan popular Korea Selatan, EXO, yang dimasukkan ke hospital selepas pengsan di set penggambaran sebuah program realiti di China, hujung minggu lalu. Menurut media di negara Tembok Besar itu, anak muda berusia 24 tahun berkenaan pada asalnya dikatakan mengalami muntah berpanjangan dan berulang ke bilik air, tetapi tetap meneruskan penggambaran program terbabit. Selepas beberapa jam, keadaannya semakin teruk yang dikatakan berpunca daripada keracunan makanan dan paling mengejutkan beliau pengsan hingga dikejarkan ke hospital berhampiran. Walaupun sikap tanggungjawab terhadap tugasan dipuji, ramai peminat berharap Lay atau nama sebenarnya Zhang Yixing turut mengutamakan kesihatan supaya tidak memudaratkan diri sendiri atau berlaku perkara lebih serius. Sumber terdekat mendedahkan, bakat muda kelahiran Changsha, China itu sudah lama tidak bercuti. Pada Januari lalu, Lay mengalami kecederaan pada bahagian belakang ketika menjalani penggambaran sebuah drama TV berjudul Old Nine Gates.


Powered by Blogger.