F Lay EXO masuk hospital! | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lay EXO masuk hospital!

Annyeonghaseyo!!! Isu mengenai teknik mencantikkan suara menerusi aplikasi ‘autotune’ sudah menjadi pertikaian sejak dulu lagi. Menggunakan teknik itu sekali gus memberikan tanggapan negatif terhadap seseorang penyanyi.

Penyanyi dari Korea Selatan terutamanya sering dikaitkan dengan isu terbabit dan lebih teruk mereka dikatakan tidak boleh menyanyi. Lantas, cara terbaik untuk menutup kelemahan itu dengan menggunakan ‘autotune’ atau ‘miming’.

Bagaimanapun, bukan semua penyanyi di sana bergantung harap terhadap teknik itu kerana hakikatnya masih ada yang mampu menyanyi dengan baik tanpanya.

Baru-baru ini, beberapa kumpulan idol lelaki disenaraikan sebuah forum komuniti ‘online’ sebagai antara penghibur yang hebat. Secara dasarnya, kumpulan itu tersenarai berikutan rekod mereka menyanyi secara langsung.

Artis tersenarai berkenaan termasuk B.A.P, BEAST, SHINee, BtoB, TVXQ, dan JYJ. Kumpulan berkenaan membuktikan mereka tidak perlu menggunakan apa-apa bantuan mencantikkan suara sewaktu di pentas.

Bahkan, beberapa video nyanyian mereka tanpa suntingan turut didedahkan dan ternyata suara mereka cukup mengagumkan.

Ulzzang! minggu ini dimulakan dengan kisah malang anggota EXO iaitu Lay yang terpaksa dimasukkan ke hospital, baru-baru ini. Penyanyi berkenaan dikatakan tiba-tiba pengsan ketika penggambaran di China.

Awalnya, dia dilaporkan pengsan akibat keracunan makanan sebelum dikatakan berpunca daripada keletihan.

Menurut laporan Sina, Lay kini menjalani peng­gambaran program Go Fighting di China.

“Secara jujurnya, Lay mengalami kepenatan melampau. Sewaktu penggambaran, dia turut menjalani beberapa penggambaran lain termasuk drama selain mengadakan konsert.

“Sewaktu dia sampai di Hainan sebelum penggambaran, dia memang sudah menunjukkan tanda-tanda kurang sihat,’ kata wakil produksi program berkenaan.
Powered by Blogger.