F Lawak Ke Der 2016 tetap bikin pecah perut | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lawak Ke Der 2016 tetap bikin pecah perut

LAWAK Ke Der 2016 telah pun membuka tirainya Jumaat lalu dan nyata ia tidak menghampakan penonton yang membeli tiket semata-mata untuk menonton lawak secara ‘live’ daripada barisan pelawak tanah air.

Suasana Panggung Sari, Istana Budaya tidak pernah sunyi dek gelak ketawa sepanjang dua jam persembahan berlangsung.

Lebih-lebih lagi kendalian dua pengacara terkenal Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad yang langsung tidak memberi ruang penonton untuk berhenti ketawa.

Malah keduanya turut menyentuh isu-isu semasa termasuk ibu bapa yang menunjuk-nunjuk apabila bercakap dengan anak masing-masing menggunakan bahasa Inggeris di khalayak ramai serta beberapa isu semasa lain.

Gandingan trio, Bocey yang baharu saja menjuarai Maharaja Lawak Mega (MLM) bulan lalu tidak kalah dengan pelawak-pelawak yang lebih senior daripadanya.

Achey, Abam dan Fad berjaya menggeletek penonton dari awal hingga akhir persembahan dengan membawa isu-isu ringan secara bersahaja.

Bermula isu hantaran RM3,000 hingga kepada pramugari gemuk dan kereta baharu, persembahan pembukaan mereka memberi kepuasan kepada penonton meskipun kelihatan tercari-cari rentak pada awalnya.

Satu-satunya pelawak berbangsa Cina, Douglas Lim bijak mencari idea dan merebut hati penonton dengan lawak singa laut, tarian singa serta kisah sang kancil dengan sang buaya yang sedikit sebanyak membuat penonton ketawa namun sarat dengan pengajaran yang boleh difikirkan.

Kemunculan pelawak terkenal, Harith Iskander dan Afdlin Shauki meskipun agak sedikit kurang idea memuaskan namun persembahan mereka masih menggegarkan pentas Lawak Ke Der.

Selain membangkitkan isu hantu, Afdlin Shauki teruk membahan penerbit Lawak Ke Der, Datuk Hans Isaac gara-gara masih membujang hingga hari ini.

Malah Afdlin menyiapkan satu lagu khas untuk Hans.

Lawak Ke Der 2016 yang dipentaskan di Istana Budaya akan melabuhkan tirainya, hari ini.
Powered by Blogger.