F Laris jadi duta produk, setengah tahun Anzalna tidak berlakon | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Laris jadi duta produk, setengah tahun Anzalna tidak berlakon

Pelakon Anzalna Nasir mengakui sudah setengah setahun dia tidak dapat memenuhi tawaran berlakon berikutan kesibukan sebagai duta beberapa produk. Katanya, jadual mempromosikan jenama yang diwakili hingga membawanya ke luar Kuala Lumpur membuatkan dia terpaksa menolak lebih daripada 10 tawaran membintangi drama. "Sejak mendirikan rumah tangga, rezeki saya lebih terarah kepada mewakili produk selain menguruskan kehidupan baharu sebaik menggalas tanggung jawab sebagai isteri. "Enggan terkejar-kejar saya perlu memilih antara lakonan dan tanggungjawab terhadap jenama yang saya wakili buat masa ini. Bayangkan andai dihitung sudah setengah tahun saya tidak ke lokasi penggambaran dan menolak lebih 10 tawaran "Cuma selepas Aidilfitri nanti baharu saya dapat melapangkan masa membintangi drama di bawah produksi Global Station. Itu pun mereka 'tempah' saya agak laam dulu," katanya. Anzalna berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk makanan tambahan untuk kecantikan, Royal Glowi, petang semalam. Mengenai pelantikan itu, amalan pengambilan makanan tambahan terbabit menyerlahkan keberkesanan terutama pada kulitnya membuatkan dia tidak teragak-agak menerima tawaran berkenaan. "Sebenarnya sudah lama mengambil produk ini, begitu juga dengan adik beradik saya. Tambah pula kami kerap ke pusat kecantikan pemilik Royal Glow, iaitu Klinik Idealist membuatkan saya yakin ia produk yang bagus. "Jika tiada aral pihak pengeluar turut mempunyai perancangan menghasilkan satu lagi produk khas buat mereka yang mempunyai masalah bengkak mata (eye bag) dalam masa terdekat," ulasnya lagi. Rakan artis juga memberikan sokongan pada acara terbabit termasuk Awie, Ella, Edry Hashim, Amyra Rosly dan Ruhainies selain pemilik Idealist, Dr Aidil Azry Mokhtar.


Powered by Blogger.