F Lantikan AG atas nasihat PM perlu dipinda | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lantikan AG atas nasihat PM perlu dipinda

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mencadangkan Perlembagaan Negara dipinda agar pelantikan Peguam Negara dan ahli lembaga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dilantik atas nasihat Perdana Menteri.

Abdul Aziz yang juga merupakan pengamal undang-undang berkata, lantikan Peguam Negara dan ahli lembaga SPRM oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap sistem sedia ada.

"Yang kita tidak berpuas hati adalah dari segi pelaksanaan... kita hendak tukar semua sekali pun susah, jadi saya hendak cadangkan dua perkara yang pertama pelantikan Peguam Negara sekarang oleh YDPA atas nasihat PM.

"Kalau boleh kita pinda perlembagaan ini jangan ada nasihat daripada kerajaan, dan orang politik, sebab kalau ikut cara sekarang, rakyat sudah tidak ada keyakinan, kita lantik orang betul pun orang sudah tidak percaya," katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-39 akan diadakan hari ini di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, dengan tajuk ‘Siapa lebih berkuasa: Pentadbir atau ahli politik?’.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, "ahli-ahli lembaga (SPRM) dia hendaklah dilantik oleh YDPA, jangan ada kena mengena dengan kerajaan... kita cari jalan pinda, sebab kalau kita tidak lakukan perubahan ini, susah kita hendak yakinkan orang ramai."

Jelasnya lagi, apa yang penting adalah tidak perlu ada campur tangan orang politik dalam melantik para pentadbir kerajaan,

"Jangan ada campur tangan ahli politik... dan apa kita buat dalam negara ini mesti berasas kepada undang-undang," tegas beliau.

Wacana Sinar Harian Siri ke-39 hari ini dibarisi oleh panel terkemuka iaitu bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor; bekas Speaker Dewan Negara, Tan Sri Adam Kadir dan  Abdul Aziz.  Program dikendalikan oleh Nazri Kahar.
Powered by Blogger.