F Lana Alana cipta rekod | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lana Alana cipta rekod

Populariti diraih puteri pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana tidak perlu dipertikai lagi.

Masakan tidak, Lara yang baru berusia setahun 10 bulan berjaya mengumpul pengikut 1.7 juta di laman sosial Instagram miliknya.

Tidak cukup dengan itu, Lara turut dinobatkan sebagai Personaliti Media Sosial Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 (ABPBH29) baru-baru ini.

Kesinambungan personaliti dan gaya hidup Lara di laman sosial Instagram diteruskan menerusi program realiti pertamanya yang bakal menemui penonton pada Ogos ini di saluran Astro Ria.

Ia sekali gus menjadikan Lara sebagai kanak-kanak pertama di Malaysia yang mempunyai program realiti.

Menurut Scha, 33, tawaran daripada Astro diterima sejak Januari lalu, namun dia dan suami mengambil masa bagi menyatakan persetujuan.

“Working title program ini adalah Lara Alana Show. Ia 100 peratus memaparkan kehidupan harian Lara. Selain itu, saya dan suami akan berkongsi bagaimana membesarkannya.

“Kami juga menyelitkan beberapa panduan dan informasi berguna untuk ibu bapa berkenaan penjagaan anak. Pendek kata, program ini bukan sekadar hiburan,” katanya.

Scha berkata, menerusi program 13 episod ini peminat dapat melihat realiti kehidupan Lara secara lebih dekat.

“Saya sedar Lara ada peminat dan penggemar tersendiri. Ia boleh dilihat di laman Instagram miliknya. Jadi, dengan adanya program ini nanti peminat Lara yang tidak ada akaun Instagram boleh menyaksikannya di kaca TV.

“Banyak perkara yang akan dikongsi. Kiranya, tidak perlu lagi nak bergaduh sesama sendiri di ruangan komen,” katanya.

Sambung Scha, program ini cukup istimewa kerana ia diterbitkan sempena ulang tahun kedua Lara yang jatuh pada 22 Julai depan.

“Sebelum saya dan suami berkahwin, Astro ada menerbitkan program realiti mengenai hubungan kami sehinggalah bergelar suami isteri. Malah, ketika bersalin pun mereka ada buat program Pureen Cak Cak Schawal.

“Kini, apabila Lara hampir mencecah usia dua tahun, dia pula ada program realiti sendiri. Kiranya, dia meneruskan apa yang pernah diberikan kepada kami sebelum ini,” katanya.

Jelas Scha, program yang memulakan penggambaran sejak 10 Mei lalu itu akan memakan masa kerana perlu mengikut rutin Lara.

“Program ini memaparkan aktiviti seharian Lara seperti ke sekolah, bermain dan bercuti. Kami juga sekali lagi akan ke Jepun bagi meninjau tadika terbesar di sana.

“Memandangkan dia masih kecil, jadi ia mengambil sedikit masa. Penggambaran bergantung kepada ‘mood’ Lara,” katanya.

Tak kisah dihina

Baru-baru ini Scha diejek pengguna laman sosial yang mengatakan wajahnya seperti ‘bapuk’ apabila solekan yang belum siap itu dimuat naik ke Instagram.

Geram dengan sikap segelintir peminat yang dianggap keterlaluan, Awal tampil membela Scha dengan membidas di ruangan komen.

“Saya jenis diam dan tak kisah apa orang nak cakap. Mungkin disebabkan itu orang mudah mempermainkan dan memijak kepala saya. Kami memang sedar kewujudan komen berkenaan, tetapi malas nak bising.

“Namun, apabila suami membalas komen itu barulah ia jadi kecoh. Pada masa sama, jurusolek saya, Tiar Zainal pun bersuara. Bagi saya, tindakan mereka menegur sikap pengikut yang kurang ajar adalah wajar. Perkara sebegini jika dibiarkan pasti berterusan,” katanya. - Sudirman Mohd Tahir
Powered by Blogger.