F Lagu 'Fly' Jessica Digam Kerana Sebut Jenama Kereta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Lagu 'Fly' Jessica Digam Kerana Sebut Jenama Kereta

Stesen penyiaran televisyen Korea, KBS, mengharamkan penyiaran single pertama, Jessica, berjudul Fly yang baru dilancarkan pada 16 Mei lalu.

Pada 18 Mei, KBS mengumumkan bahawa lagu yang dimuatkan dalam album sulungnya 'With Love, J' itu telah dianggap tidak sesuai untuk disiarkan kerana liriknya yang menyebut beberapa nama jenama.

Single tersebut telah dilarang dari disiarkan kerana dalam lirik lagu berkenaan diselitkan jenama kereta Benz (Mercedes-Benz) dan Ford Crown Victoria.

Sementara itu, wakil agensi bekas anggota kumpulan Girls Generation ini iaitu Coridel Entertainment berkata,

"Kami akan menyelesaikan masalah berkaitan lirik lagu berkenaan. Kami akan mengubah lirik tersebut dan ia telah hantar semula ke KBS untuk mendapatkan kelulusan,".

Jessica atau nama sebenarnya SooYoun Jung, 27, memulakan karier solonya selepas tercetus kontroversi yang akhirnya memaksa dia meninggalkan Girls Generation pada September 2014.

Dia kemudiannya mengusahakan jenama fesyennya sendiri, Blanc & Eclare sebelum kembali membuat kemunculan semula.

Beberapa hari lalu, kakak kepada Krystal (seorang lagi anggota Girls Generation) ini akhirnya mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan dikenali sebagai Tyler Kwon yang juga merupakan pemilik kepada agensi yang dinaunginya sekarang.

Pengakuan tersebut sekaligus menjawab spekulasi dan gosip mengenai percintaannya dengan jejaka tersebut yang menjadi bualan hangat ramai sejak dua tahun lalu.

Terbaharu, pada 18 Mei lalu, Jessica muncul menerusi muzik video single keduanya berjudul Love Me The Same.
Powered by Blogger.