F Krisis Fasha-Bekas Suami Tiada Kaitan Dengan Saya - Nora | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Krisis Fasha-Bekas Suami Tiada Kaitan Dengan Saya - Nora

Aktres Nora Danish, 35, tidak mencampuri konflik membabitkan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai nama Jejai dengan Fasha Sandha kerana ia bukan urusannya.

"Minta maaf. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu kerana saya tidak mempunyai sebarang kaitan," katanya ringkas apabila diminta mengulas kontroversi yang melanda Jejai dan Fasha.

Isu terbaharu itu hangat diperkatakan sebaik sebuah blog hiburan pada awal minggu lalu mendakwa beberapa individu melihat Fasha bersama peguamnya di balai polis Ampang Jaya dipercayai bertujuan membuat laporan polis berhubung gangguan daripada lelaki itu.

Sebelum ini, Nora yang juga bekas isteri ahli perniagaan itu pernah dikaitkan sebagai punca keretakan rumah tangga Fasha dan Jejai hingga membawa kepada perceraian mereka pada 20 Januari lalu. Jejai berkahwin dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008.

Mereka dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal manakala bersama Fasha yang dinikahi pada pada 27 April 2012 dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1.
Powered by Blogger.