F Konsert 'Decendents of The Sun' Singgah Malaysia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Konsert 'Decendents of The Sun' Singgah Malaysia

Meskipun tayangan dramanya sudah tamat sejak April lalu, namun fenomena dan virus 'Descendants of the Sun' (DOTS) masih melekat di hati peminat-peminatnya.

Malahan kegilaan peminat terhadap drama yang diterajui Song Joong Ki dan Song Hye Kyo ini berterusan hingga ke konsert OST-nya yang sekarang diadakan diadakan di pelbagai negara.

Pada 23 Mei lalu, stesen yang menerbitkan drama berkenaan iaitu KBS 2TV mengumumkan secara rasmi bahawa mulai Jun depan, konsert 'Descendants of the Sun' akan turut diadakan di tujuh ibu kota di beberapa negara terpilih di Asia.

Negara yang disenaraikan ialah Taiwan, Singapora, China (seperti di Beijing), Hong Kong juga termasuk Malaysia.

Difahamkan, pengarah konsert dan pihak pengajur untuk kesemua negara yang terpilih ini sudah pun menandatangani perjanjian persefahaman (Memorandum of Understanding- MOU) dan persiapan untuk konsert tersebut sudah pun bermula.

Selain Joong Ki dan Hye Kyo, DOTS yang ditayangkan pada Februari lalu ini turut dibintangi pelakon seperti Kim Ji won, Jin Goo, Onew (Shinee) dan ramai lagi.

Konsert OST 'Descendants of the Sun' pertama telah berlangsung pada 14 Mei lalu bertempat Hall of Peace, Universiti Kyung Hee, di Seoul.

Selain menampilkan persembahan daripada barisan penyanyi lagu-lagu untuk drama tersebut, turut dipaparkan adegan dan babak menarik serta momen-momen di sebalik tabir  DOTS. Konsert lalu disaksikan lebih 7000 penonton.
Powered by Blogger.