F Konflik Search : Penganjur Terkilan, Bimbang Jualan Tiket Terjejas | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Konflik Search : Penganjur Terkilan, Bimbang Jualan Tiket Terjejas

Penganjur konsert 35 Tahun Search, Afjets Sdn Bhd, terkilan dengan kemelut yang melanda kumpulan Search mengenai pertikaian isu bayaran yang tercetus baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Amrul Nizar Anuar, beliau tidak menyangka timbul konflik kalangan anggota Search sendiri sedangkan pihaknya telah membuat pelaburan yang besar untuk perlaksanaan konsert tersebut.

"Selaku penganjur kami terkilan apabila isu ini timbul. Kami anjurkan konsert ini kerana kami memang peminat Search. Sedikit sebanyak ia mungkin menjejaskan jualan tiket konsert. Saya harap, kedua-dua pihak dapat menyelesaikan isu ini dengan baik," katanya ketika dihubungi wakil media, pada Rabu.

Mengulas mengenai dakwaan pemain drum, Yazit Ahmad, yang mempertikaikan namanya digugurkan daripada konsert tersebut, Amrul berkata keputusan itu adalah kata sepakat daripada ahli kumpulan Search sendiri.

"Mengikut draf asal memorendum Perjanjian Persefahaman (MOU) berkaitan konsert berkenaan, kelima-lima nama ahli kumpulan tersebut dinyatakan dalam memorendum itu. Namun selepas Search memulangkan semula memorendum perjanjian akhir kepada kami, hanya ada empat nama sahaja dan Search menyatakan yang mereka mempunyai alasan terhadap penyingkiran nama Yazit. Walaubagaimanapun Afjets tidak mengetahui sebab sebenar perkara itu dan akur dengan keputusan Search," tuturnya.

Dalam pada itu, Amrul mengakui telah memberi bayaran pendahuluan berjumlah RM75,000 kepada kumpulan Search.

"Pada Disember tahun lalu kami telah memberi cek sebanyak RM75,000 sebagai bayaran pertama dan mereka dan mereka juga berjanji akan mengagihkannya bersama Yazit.

"Namun ketika bertemu Yazit, beliau memberitahu yang beliau masih belum menerima apa-apa bayaran.

"Dek kerana tidak terus berasa terkilan, pada Mac lalu kami menyerahkan bayaran kedua yang mana kelima-lima anggota masing-masing mendapat sebanyak RM10,000," jelasnya.

Terdahulu media melaporkan, pada 4 Mei lalu Yazid membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa isteri Amy yang dikenali sebagai Norish menengkingnya apabila dia bertanyakan hal ehwal keewangan untuk pembabitannya dalam Konsert 35 Tahun Search yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu. Yazid juga mendakwa berlaku pecah amanah.

Search menerusi satu sidang media yang diadakan pada 11 Mei lalu menyangkal dakwaan Yazit sekaligus menyifatkan tuduhan itu tidak masuk akal. Mereka mengesa Yazit membuat permohonan maaf dan menarik semula laporan polis dalam masa 48 jam.

Sementara itu, Yazit menerusi sidang media yang diadakan pada 12 Mei bertegas tidak akan membuat permohonan maaf malah beliau memberitahu akan menambah satu lagi laporan polis.
Powered by Blogger.