F KLIA bakal terima pesawat terbesar di dunia | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

KLIA bakal terima pesawat terbesar di dunia

Pesawat terbesar di dunia dijadualkan bakal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu ini kira-kira sekitar jam 8 pagi.

Difahamkan, pesawat Antonov 225 berkenaan yang membawa muatan generator elektrik seberat 117 tan akan mendarat di KLIA untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir Perth, Australia.

Selain KLIA, pesawat seberat 640 tan berkenaan yang dilengkapi enam enjin dan 42 tayar itu juga turut dijadualkan akan singgah di India dan Turkmenistan terlebih dahulu.

Pesawat buatan Ukraine tersebut dilaporkan mampu terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam, malah tangki minyaknya juga dapat menampung sehingga 300,000 kilogram.

Selain itu, panjang sayap pesawat tersebut juga adalah kira-kira 88 meter.
Powered by Blogger.