F Kisah adaptasi 'Seindah Takdir Cinta' | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kisah adaptasi 'Seindah Takdir Cinta'

SELEPAS Duda Terlajak Laris menutup tirainya semalam, slot Akasia bakal diserikan dengan gandingan pelakon Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan menerusi drama siri adaptasi novel Seindah Takdir Cinta nukilan Kamsiah Abu yang diterbitkan oleh Buku Prima.

Drama yang bersiaran mulai petang ini adalah arahan sutradara Zul Huzaimi di bawah terbitan produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

Selain Saharul dan Amyra yang memegang watak utama, pelakon lain yang turut membantu ialah Redza Rosli, Azri Iskandar, Mahmud Ali Basha, Raja Emma, Ifa Raziah, Mubarak Majid, Lydiawati, Rudy Imran dan ramai lagi.

Drama ini mengisahkan tentang Mia Karmila (Amyra) seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan.

Pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman atau Aiman (Saharul) telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya.

Mempunyai didikan agama yang sangat baik membuatkan Mia tertarik untuk mendekati Islam melalui Aiman yang tidak diperolehi daripada kedua-ibu bapanya.

Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian (Redza), masih muda tapi sudah memegang jawatan besar sebagai CEO di syarikat milik bapanya Tan Sri Effendi. Selain bergaya dan kaya-raya, Adrian juga memiliki perangai playboy dan sering sahaja berfoya-foya. Adrian juga tidak putus asa untuk menjinakkan Mia

Karmila sebagai kekasih untuk memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya termasuk Zetty, sahabat Mia sendiri.

Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, untuk memiliki Mia walaupun dengan cara memaksa.

Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shahriman juga sentiasa ada? Dapatkah kedua mereka memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?

Nantikan gandingan mereka untuk mengetahui kesudahan drama istimewa Ramadan nanti menerusi slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis, 6.58 petang.

Powered by Blogger.