F Khai Bahar disunting jadi artis NAR Records | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Khai Bahar disunting jadi artis NAR Records

SETELAH mendapat perhatian netizen di media sosial melalui video karaoke duet menerusi aplikasi Smule dengan Siti Nordiana, Khair Bahar akhirnya dilamar syarikat rakaman NAR Records.

Khai Bahar, 22 atau nama sebenarnya Muhammad Khairul akui tidak menyangka lagu duetnya dengan Siti Nordiana itu membuatkan dirinya dikenali ramai.

"Sebelum ini saya memang sudah mempunyai laman sosial sendiri di YouTube dan sering memuat naik video karaoke.

“Terdahulu pernah video karaoke saya menyanyikan lagu Rela Ku Pujuk dan viral di laman sosial Facebook. Tapi saya tidak menyangka bahawa video Smule duet bersama Siti Nordiana buat saya lebih dikenali ramai,” katanya lapor Media Hiburan.

Khai memuat naik video duetnya dengan Siti Nordiana melalui lagu, Memori Berkasih di Youtube pada 16 April lalu dan setakat ini ia telah ditonton lebih satu juta tontonan.

Mempunyai hobi menyanyi, Khai memberitahu pernah mencuba nasib untuk mengikuti pertandingan realiti Akademi Fantasia dua kali namun gagal.

Namun dek hobi tersebut, Khai telah diambil bekerja sebagai penyanyi busking di sebuah restoran di Sarawak.

"Sekarang ini saya sudah menjadi artis di bawah label NAR Records untuk tempoh dua tahun, manakala kerjaya sebagai seorang penyanyi di Sarawak masih lagi diteruskan atas nasihat NAR Records.

“Jika diikutkan sudah lama syarikat ini mahu mengambil saya sebagai artis rakaman mereka. Namun saya masih belum bersedia pada ketika itu," katanya.
Powered by Blogger.