F Kesal Tindakan Sufi, Rakan Kongsi Tarik Diri Uruskan Restoran | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kesal Tindakan Sufi, Rakan Kongsi Tarik Diri Uruskan Restoran

Krisis pengurusan restoran De'Tuang Merah yang melibatkan dua rakan kongsi iaitu Sufi (AF 2015) dan Edaman semakin parah apabila ahli kumpulan Qanda itu enggan lagi terlibat dalam perbniagaan berkenaan.

Edaman atau nama sebenarnya Muhammad Nur Edaman Othman, 23, berkata, keputusan itu diambil selepas merasakan terlalu ramai rakan kongsi yang terlibat dalam pernbiagaan restoran berkenaan.

"Saya ambil keputusan untuk menarik diri daripada menjadi rakan kongsi restoran tersebut kerana tidak bersetuju untuk menambah beberapa rakan kongsi dalam restoran itu.

"Sekarang sudah empat orang dan dia (Sufi) mahu menambah lagi seorang rakan kongsi, yang mana saya tidak setuju kerana jika dikira keuntungan yang diterima tidak berbaloi," ujarnya kepada mStar Online.

Edaman berkata demikian ketika diminta penjelasan tentang dakwaan dia bergaduh dengan rakan kongsi restorannya iaitu Sufi.

Penyanyi Akademi Fantasia itu kepada mStar Online pada Rabu berkata, pergaduhannya dengan Edaman hanyalah mengenai urusan melibatkan kewangan untuk membaiki dapur restoran berkenaan yang terbakar.

Dalam pada itu Edaman berkata, dia tidak bergaduh dengan penyanyi itu seperti didakwa Sufi.

"Kami memang tidak menemui jalan penyelesaian tetapi kami tidak bergaduh. Saya ada sahaja berjumpa dia di majlis-majlis dan bertegur seperti biasa.

"Dalam hal ini kami perlu bersikap profesional dan dapat membezakan bidang nyanyian dan bisnes yang kami jalankan," ujarnya.

Dalam pada itu Edaman menafikan dia gagal memberikan komitmen sepanjang bisnes tersebut beroperasi pada Februari lalu itu.

Edaman berkata, keputusan untuk mengundur diri diambil bukan disebabkan pengaruh mana-mana pihak, sebaliknya memikirkan tentang keuntungan yang diterimanya untuk bisnes tersebut.

"Ia bukan sebab duit kerana saya faham sesebuah bisnes perlu modal, saya juga ada sebuah restoran di Johor Baru dan saya tahu bagaimana wang modal itu berjalan.

"Bila dia ambil keputusan untuk ambil seorang lagi rakan kongsi berapa pula keuntungan yang diperoleh jika dibahagi berlima," ujarnya.
Powered by Blogger.