F Kesal dilabel gay | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kesal dilabel gay

Bekas anggota Jonas Brothers, Nick Jonas kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai gay apabila dia sering mengunjungi kelab lelaki sejenis.


Tuduhan itu juga berikutan penyanyi berusia 23 tahun itu banyak dipaparkan dalam majalah dalam keadaan mengghairahkan.

Bukan itu sahaja, Jonas turut membawa watak sebagai lelaki gay dalam drama Kingdom bergandingan dengan Nate Kulina.

Ketika ditemu bual majalah OUT, Jonas mendedahkan kerap menerima komen negatif yang tidak berasas daripada banyak pihak.

“Ia sangat mengecewakan. Komen negatif bukan datang daripada majoriti, tetapi daripada segelintir pihak yang memberi pendapat tidak berasas,” katanya.

Bercerita lakonannya dalam Kingdom, Jonas berkata, dia meminta bantuan beberapa rakan untuk berkongsi pengalaman sebagai lelaki gay.

“Ia banyak membantu saya membawa watak sebagai lelaki yang meminati kaum sejenis,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Jonas turut didakwa menjalin hubungan cinta dengan pelakon Kate Hudson, namun dia menafikannya.

“Tidak, saya masih solo dan kami tidak bercinta,” katanya dipetik daripada satu temu bual, baru-baru ini.

Menurutnya, dia hanya menganggap wanita berusia 37 tahun itu seperti rakannya.

Khabar angin mengenai hubungan Jonas dan Hudson timbul selepas mereka sering dilihat bersama.
Powered by Blogger.