F Kes Pukul Pengkid : Mahkamah Izin Lydiawati Diikat Jamin RM3,300 | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kes Pukul Pengkid : Mahkamah Izin Lydiawati Diikat Jamin RM3,300

Dramatis Lydiawati yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang mengaku tidak bersalah diatas tuduhan tuduhan menyebabkan kecederaan seorang wanita warga Brunei pada Mac lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Lydiawati atau nama sebenarnya Salina Zaimon telah didakwa atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Sharifah Harnizam Wan Musa dengan cara memukul menggunakan besi.

Kesalahan berikut didakwa dilakukan di sebuah hotel kira-kira jam 6.30 petang pada 24 Mac lalu.

Dalam perbicaraan itu, Lydiawati yang diwakili oleh peguam, Fatimah Zahra Ramli memohon pihak mahkamah mengurangkan jaminan ke atas anak guamnya dengan alasan beliau merupakan seorang ibu tunggal. Malah, Lydiawati juga tidak mempunyai pendapatan tetap dan memerlukan rawatan bulanan kerana masalah jantung.

Dengan itu, Haslinda A Raof telah membenarkan jaminan sebanyak RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan kes semula. Pendakwaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa raya, Raihana Abdul Razak mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Powered by Blogger.