F KERETA MEWAH DILANGGAR : JULIA PEREZ SELAMAT | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

KERETA MEWAH DILANGGAR : JULIA PEREZ SELAMAT

Tidak mahu memanjangkan pertelingkahan dan memeningkan kepala, selebriti Indonesia, Julia Perez mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa kepada individu yang telah melanggar kereta mewahnya.

Difahamkan kenderaan Julia telah dilanggar dari belakang dan mengakibatkan kerosakkan agak teruk. Bagaimanapun, Julia telah memaafkan individu terbabit dan berkata, kenderaannya sudah pun diinsurankan sejak di awal pembelian lagi.

Sementara kereta mewah Julia dihantar ke bengkel untuk dibaikpulih, pelakon itu hanya menggunakan kereta sewa untuk pergi kerja. Walaupun mempunyai satu lagi kereta mewah jenama Range Rover, menurutnya, kereta tersebut tidak mahu digunakan kerana dalam proses untuk dijual.

Memetik laporan dari portal hiburan Indonesia, kejadian terjadi di kawasan Polda Metro Jaya, Indonesia. Dalam pada itu, Julia bersama adik dan pembantu peribadinya dalam keadaan selamat.


Powered by Blogger.