F Keputusan sendiri untuk tinggalkan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Keputusan sendiri untuk tinggalkan

Pengacara dan penyampai radio Baki Zainal, 35, mengesahkan bakal meninggalkan Suria FM tidak lama lagi meskipun kontraknya belum tamat.


Tegas Baki yang mengendalikan segmen Ceria Pagi Suria FM, keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri dan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.

“Konti radio bukan jiwa saya sebaliknya lebih sesuai sebagai pengacara televisyen. Apatah lagi saya menggemari aktiviti luar berbanding bertugas di konti.

“Apapun keputusan ini atas kehendak sendiri dan bukan kerana ada masalah dengan pengurusan,’ katanya sebentar tadi.

Jelas Baki yang lebih setahun berkhidmat di stesen radio itu, dia tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak.

“Sejak awal tahun lagi saya sudah terfikir untuk berhenti. Ikutkan kontrak saya tamat hujung tahun ini tetapi saya tidak boleh paksa diri untuk terus bekerja di konti.

“Tidak adil buat Suria FM jika saya tidak ikhlas melaksanakan amanah yang digalas. Lagipun, saya bakal terikat dengan penggambaran program TV yang menuntut saya selalu bekerja di luar daerah untuk tempoh lama,” katanya.

Selain Baki, gandingannya dalam segmen Ceria pagi Suria FM, Adibah Noor juga dikatakan bakal meninggalkan stesen radio itu dalam masa terdekat.

Sementara itu wakil Unit Komunikasi Korporat Suria FM memberi kenyataan ringkas dan menyokong penuh keputusan dua penyampai berkenaan.

“Mereka mahu mengembangkan karier ke tahap lebih tinggi dan mencapai impian masing-masing. Justeru itu, kami tidak boleh halang dan menerima keputusan mereka dengan hati terbuka,” katanya.
Powered by Blogger.