F Keoi Khalid rebah di lokasi, dikebumi di Teluk Intan tengah hari ini | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Keoi Khalid rebah di lokasi, dikebumi di Teluk Intan tengah hari ini

Pengarah drama Tundukkan Playboy Itu, Keoi Khalid yang meninggal dunia malam tadi dijangka dikebumikan selepas Zuhur di kampungnya di Teluk Intan, Perak. Allahyarham yang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Cinta 11 Syarat terbitan Global Station di Gerik dikatakan menghadapi masalah sesak nafas selepas mengadu sakit dada ketika di lokasi. Keoi atau nama sebenarnya Khairul Amri Khalid, 44, rebah kira-kira jam 8.13 malam namun disahkan sudah meninggal dunia ketika paramedik tiba di tempat kejadian. Jenazahnya kemudian dikejarkan ke Hospital Gerik untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Teluk Intan bagi urusan pengebumian. Allahyarham yang juga graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) meninggalkan isteri, Norhaslynda Hanafi, 44, serta tiga anak berusia lingkungan 15 tahun hingga dua tahun. Antara drama arahannya adalah Aku Cinta Kau Seorang, Anak Lorong, Pulanglah Abah, Korban cinta Alif Imani, Cik Bunga Encik Sombong, Dalam Iradat Mu, Raya PakPakPong, Villa Untuk Ibu, Dosa Seorang Suami, Kerana Dia Juga Cikgu, Seindah Anugerah, Badai Cintamu dan Ayuni Safira.


Powered by Blogger.