F Kena ikut trend demi kelangsungan kerjaya - AG Kool FM | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kena ikut trend demi kelangsungan kerjaya - AG Kool FM

Penyampai radio hari ini perlu bijak mengikut 'trend' dalam mengambil hati pendengar bagi memastikan kerjaya mereka dapat dipertahankan buat jangka waktu yang panjang. Perkara itu turut menjadi ingatan buat penyampai radio Kool FM, AG atau nama sebenarnya Muhammad Azmie Selamat, 36, sekali gus mempertingkatkan kemahiran diri untuk kekal relevan dan selari dengan keinginan pendengar. "Apabila stesen radio tidak lagi menyambung perkhidmatan seseorang penyampai, kita perlu berfikir secara positif. Mereka sedang berniaga dan sekiranya penyampai radio tidak lagi menjadi pilihan peminat, masing-masing perlu ubah. "Tidak mustahil kerjaya saya sendiri boleh berakhir separuh jalan jika cara penyampaian saya tidak lagi relevan. "Tetapi, pada masa sama saya berusaha mempertingkatkan kemahiran diri dalam penyampaian agar mengikut selera semasa dan mudah disukai pendengar," katanya kepada BH Online. Dalam pada itu, kata AG, mengkaji minat pendengar dan menambah kemahiran ilmu pengetahuan juga antara strategi beliau agar menjadi penyampai radio disenangi ramai. Sementara itu, pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH 29) yang bakal berlangsung Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), AG bakal mengendalikan acara berprestij itu bersama dengan Haiza, Mira Filzah dan Zizan Razak. Kata AG, beliau cukup teruja bekerjasama dengan tiga selebriti itu memandangkan mereka digandingkan buat kali pertama. "Bayangkan, kami siap mewujudkan 'group chat' di aplikasi WhatsApp untuk berbincang mengenai skrip pengacaraan nanti. "Maklumlah, masing-masing sibuk, jadi inilah cara yang terbaik untuk memastikan kami sentiasa peka dengan segala perkembangan. Pada masa sama, saya sendiri tidak sabar menantikan siapa barisan pemenang ABPBH 29," katanya.


Powered by Blogger.