F Kelly Osbourne Dedah Nombor Telefon Wanita Simpanan Bapanya | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kelly Osbourne Dedah Nombor Telefon Wanita Simpanan Bapanya

ANAK kepada pasangan selebriti Ozzy dan Sharon Osbourne, Kelly meluahkan rasa kecewa terhadap perceraian yang berlaku antara kedua-dua orang tuanya.

Kelly mendedahkan nombor telefon dipercayai milik wanita yang merupakan kekasih dan perempuan simpanan bapanya itu.

"Untuk sesiapa yang mahukan wanita murahan hubungi nombor ini," tulis dia di Twitter miliknya.

Perkara tersebut menerima reaksi pengikutnya yang menganggap tindakan Kelly tidak matang.

Rata-rata pengikut menganggap kesalahan curang itu patut ditujukan kepada ayahnya dan bukan wanita itu.

"Kamu bukan anggota keluargaku, jadi kamu tidak tahu apa yang wanita itu sudah lakukan terhadap keluargaku," ujar Kelly lagi.
Powered by Blogger.