F Ke Kelab Malam, Merokok Itu Hak Peribadi - Dayana Roza | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Ke Kelab Malam, Merokok Itu Hak Peribadi - Dayana Roza

Selepas reda isu dia kononnya mempertikaikan kredibiliti pendatang baharu Hafidz Roshdi dan menggelarkan sebagai ‘pelakon kayu’ kerana mutu lakonannya kurang memuaskan, baru-baru ini timbul satu lagi isu panas yang mengaitkan nama Dayana Roza.

Pelakon yang popular menerusi lakonannya dalam drama Asam Pedas Untuk Dia ini didakwa berkunjung ke sebuah kelab malam di ibu kota. Dayana dikatakan asyik menari dan merokok tanpa menyedari dirinya sedang diperhatikan.

Menganggap kontroversi sebagai sebagai lumrah dalam kehidupan sebagai anak seni justeru dia tidak cepat melatah dengan berita panas. Sebaliknya gadis berusia 25 tahun ini lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri kerana enggan memanjangkan hal tersebut.

"Mengenai perkara itu, lebih baik saya mendiamkan diri daripada terus memanjangkan isu tersebut kerana bimbang akan menjejaskan kerja. Bagi saya, perkara tersebut adalah hak peribadi, sementelah ia berlaku di luar waktu bekerja.

"Saya berasa terkejut apabila diberitahu perihal itu. Namun, biarpun terkejut saya tidak ingin membesarkan cerita dan biarlah perkara tersebut berlalu begitu sahaja dan fokus kepada kerja.

"Maksud saya mengenai hak peribadi itu adalah apabila sesetengah perkara saya boleh kongsikan dengan peminat. Bagaimanapun, selebihnya dijadikan hak privasi terutama berkaitan soal cinta mahupun perkara peribadi," katanya seperti yang dipetik dari sumber laporan Kosmo!
Powered by Blogger.