F Kawalan keselamatan terbaik buat FFC | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kawalan keselamatan terbaik buat FFC

Tahap kawalan keselamatan Festival Filem Cannes (FFC), diperketatkan menjelang permaidani merah sempena pembukaan acara tahunan ke-69 itu di Perancis, hari ini.

Acara itu akan dihadiri selebriti popular serta pengarah filem Hollywood antaranya George Clooney, Woody Allen, Julia Roberts dan Mark Rylance yang akan memperkenalkan karya mereka.

Menurut The Telegraph, langkah keselamatan itu diambil selepas tragedi pengeboman di Paris tahun lalu.

Lapor portal itu, penganjur FFC menambahkan seramai 400 anggota keselamatan selain polis and unit khas turut berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Selain menjalani latihan kecemasan sejak beberapa minggu lalu, penganjur turut melakukan pemeriksaan bom dan beg.

Hari pertama FFC bermula dengan tayangan filem arahan Woody Allen, Cafe Society lakonan Kristen Stewart dan Jesse Eisenberg.

Lebih 45,000 pengunjung dijangka menghadiri FFC yang bermula pada hari ini sehingga 22 Mei ini.
Powered by Blogger.