F Katy Perry kecewa? | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Katy Perry kecewa?

MINGGU lalu, aktor Orlando Bloom telah membuat kejutan apabila beberapa keping fotonya bersama penyanyi Salena Gomez tersebar.

Foto yang memperlihatkan kemesraan kedua selebriti popular itu tertangkap apabila kedua-duanya menghabiskan masa bersama di sekitar Las Vegas.

Apa yang menjadi pertanyaan, bagaimana Bloom boleh berbuat sedemikian padahal pada masa yang sama dia merupakan kekasih kepada penyanyi Katy Perry.

Selepas tersebarnya foto-foto mesra itu, akhirnya Perry mula membuat kenyataan di laman sosial Twitter miliknya dengan memuat naik sebuah lagu dengan kapsyen “Is That All There Is?”.

Melihatkan status yang dimuat naik itu, mungkin Perry cuba meluahkan rasa kecewanya dengan apa yang berlaku.
Powered by Blogger.