F Karl Shafek cedera 'bergaduh' dengan Keith Foo | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Karl Shafek cedera 'bergaduh' dengan Keith Foo

Pelakon, Karl Shafek terpaksa bertongkat akibat lutut kirinya cedera ketika beraksi bersama Keith Foo dalam pementasan teater, Ombak Rindu: Tiada Penghujung di Panggung Sari, Istana Budaya, Khamis lalu. Karl atau nama sebenarnya, Khairul Shafek Ibrahim, 36, berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka melakonkan babak bertumbuk pada pementasan teater arahan A Aris Kadir itu. "Ketika babak bergaduh, tanpa sedar, lutut saya dan Keith berlanggar hingga membuatkan saya terduduk. Ingatkan tiada apa yang serius, tetapi apabila bangun, saya tidak boleh berdiri dengan betul. "Saya terpaksa kuatkan diri untuk berjalan keluar dari pentas supaya pementasan itu diteruskan dengan lancar. Mujur, ia adalah babak terakhir saya. "Selesai pementasan, saya bergegas ke Pusat Perubatan Prince Court untuk menerima rawatan. Mujur tiada apa-apa yang serius dan doktor benarkan saya pulang beberapa jam selepas diberi rawatan," katanya kepada BH Online Karl Shafek ialah antara barisan pelakon yang membintangi Teater Ombak Rindu: Tiada Penghujung yang menyaksikan Keith Foo dan Uqasha Senrose sebagai bintang utama Tambah Karl, dia tetap meneruskan teater berkenaan dengan mengubah sedikit babak pergaduhan mereka. Walaupun sakit, dirinya masih lagi bersemangat meneruskan tugasannya dalam teater teater itu kerana cintanya terhadap lakonan pentas. "Secara jujur, lakonan teater memberi kepuasan yang maksimum dalam kerjaya seni saya. Biarpun bayaran yang diberi tidak semewah berlakon drama atau filem, saya sanggup beraksi di pentas teater sekiranya terus diberi peluang. "Pada masa sama, ia juga mengasah bakat lakonan saya selain ilmu yang diperoleh dapat diterapkan dalam cabang seni lain terutama pengacaraan," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Karl juga terbabit dengan program Aroma Tradisi yang disiarkan setiap Rabu, jam 11.30 pagi dan CJ Wow Shop di TV3.


Powered by Blogger.