F Kapal tenggelam 100 tahun muncul di Sungai Pahang | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kapal tenggelam 100 tahun muncul di Sungai Pahang

Penemuan bangkai kapal didakwa kapal dagang milik British yang timbul di Sungai  Pahang dekat Kampung Tanjung di sini  sejak sebulan lalu menarik perhatian  penduduk kampung.

Bangkai kapal itu timbul  selepas paras air di sungai itu  semakin cetek susulan cuaca panas berterusan kesan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

Seorang penduduk, Ahmad Abdullah, 84,berkata,  Sungai Pahang  pernah menjadi laluan kapal dagang British sekitar awal tahun 1800-an membawa hasil dagang seperti beras, garam dan sebagainya ke Semantan, Temerloh dan Kuala Lipis.

Menurutnya, kisah kewujudan kapal itu pernah diceritakan arwah ayahnya, Abdullah Bidin, ketika dia masih kecil dan ketika itu kapal tersebut dikenali dengan panggilan kapal belangkas.

Katanya, bangkai  kapal yang timbul itu mungkin salah satu yang pernah karam sekitar tahun 1811 atau 1815.

“Kapal itu panjangnya kira-kira 100 meter dan bergerak menggunakan enjin kuasa wap,” katanya.

"Kebanyakan  penduduk mengetahui  kisah kapal dagang yang karam di Sungai Pahang namun tidak pernah melihat  sendiri keadaannya sehinggalah selepas  sungai ini surut,” katanya ketika ditemui di sini.

Ahmad berkata, menurut cerita arwah ayahnya, orang ramai terutama budak-budak dilarang mandi atau menghampiri tapak kapal itu karam kerana paras air yang dalam berbanding bahagian lain di sepanjang sungai terbabit.

"Masa kecil dulu kami pun tidak dibenarkan menghampiri kawasan ini kerana airnya sangat dalam selain ditakutkan kononnya kawasan itu  ‘keras’.

"Ketika  musim kemarau sebelum ini pernah  ternampak tiang kapal itu timbul namun kali ini bangkai kapal itu semakin timbul dan nampak lebih jelas,”katanya.
Powered by Blogger.