F Kanye West disaman artis Hungary | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kanye West disaman artis Hungary

Seorang artis Hungary menuntut pampasan lebih AS$2.5 juta (RM10.26 juta) daripada Kanye West, mengatakan runut bunyi terbaru "New Slaves" bintang rap terkenal itu menggunakan sampel muziknya tanpa kebenaran atau royalti. Gabor Presser, yang menggambarkan dirinya sebagai "legenda hidup" di Hungary berkata, peguam West meletakkan "tekanan masa luar biasa" ke atasnya untuk meluluskan segera penggunaan lagu itu yang muncul dalam album "Yeezus" pada 2013. Dalam satu tuntutan difailkan minggu ini di sebuah mahkamah di sini, Presser meminta satu perbicaraan juri dan menuntut pampasan minimum AS$2.5 juta bersama bayaran perundangan. "New Slaves," sebuah lagu politik dipenuhi kritikan ke atas perkauman kontemporari memaparkan penyanyi Franck Ocean, adalah single pertama "Yeezus," di mana West mendapat ilham berdasarkan tempat asalnya di Chicago. Bagi mempromosi album itu sebelum dikeluarkan, West mengeluarkan sebuah video "New Slaves" di 66 bangunan seluruh dunia. Presser berkata, kira-kira satu pertiga daripada "New Slaves" adalah sampel daripada lagu 1969, "Gyongyhaju Lany" oleh Omega, kumpulan rock terkenal Hungary ketika beliau menjadi pemain keyboard. West mengakui menggunakan lagu itu, namun dalam tuntutannya, Presser berkata, peguam penyanyi rap itu cuba memaksanya memberi kebenaran dalam tempoh 24 jam, jelasnya berikutan garis masa penghasilan video itu. Presser berkata, beliau memerlukan lebih masa dan peguam West enggan berunding "secara baik", sebaliknya menghantar cek bernilai AS$10,000 (RM41,034.50) sebagai bayaran pendahuluan dengan jangkaan satu perjanjian. Artis Hungary itu berkata, beliau tidak menerima wang pendahuluan itu dan cuba mencapai satu perjanjian dengan peguam West.


Powered by Blogger.