F Kantoi merokok, Dani Osvaldo dipecat | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kantoi merokok, Dani Osvaldo dipecat

GARA-gara merokok di bilik persalinan, kontrak Dani Osvaldo bersama kelab Argentina, Boca Juniors ditamatkan serta-merta.

Osvaldo melakukan 'perbuatan terlarang' itu ketika perlawanan separuh akhir Piala Copa Libertadores menentang kelab Nacional di Uruguay.

Dalam perlawanan itu, Osvaldo diletakkan sebagai pemain simpanan.

Menurut laporan media tempatan, perbuatan Osvaldo dihidu pengurus Boca, Barros Schelotto yang mengekori pemain itu selepas terlihat dia memegang mancis.

Sepanjang kariernya, Osvaldo gagal mencipta impak selaku penyerang, namun sering kali mencipta kontroversi dalam dan luar padang.
Powered by Blogger.