F Kangin (Suju) Kemalangan Akibat Memandu Ketika Mabuk | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kangin (Suju) Kemalangan Akibat Memandu Ketika Mabuk

AHLI Super Junior, Kangin dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan apabila kenderaannya melanggar tiang lampu di kawasan Gangnam pada Selasa lalu.

Penyanyi itu dilaporkan memandu dalam keadaan mabuk akibat pengaruh alkohol.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kereta yang dipandu oleh Kangin melanggar tiang lampu kemudian dia kembali meneruskan perjalanan.

"Saya terdengar bunyi dentuman dan melihat di sekeliling. Ternyata sebuah kereta telah melanggar tiang lampu sebelum kembali meneruskan perjalanan," ujar saksi kejadian.

Kangin dilaporkan membuat laporan polis terhadap kejadian tersebut 11 jam selepas kemalangan berlaku.

Menurut laporan polis, kadar alkohol dalam darah penyanyi itu sangat tinggi sehingga membuatkan dia di bawah sedar ketika memandu.
Powered by Blogger.