F Kaka Azraff nafi sedang dilamun cinta | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kaka Azraff nafi sedang dilamun cinta

Penyanyi Kaka Azraff nafi sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka seperti didakwa dalam sebuah ruangan pojok hiburan tempatan. Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 27, berkata dia dan jejaka itu sekadar teman rapat. Fokus utama buat masa ini adalah kerjaya seninya dan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bercinta. "Kami sudah lama bersahabat, sejak dulu lagi. Jadi rasa geli hati pula apabila timbul gosip sebegitu. "Mungkin kerana kami bergambar rapat hingga ada yang membuat andaian sebegitu. "Saya ke luar negara atas urusan kerja bersama rakan kongsi, terjumpa pula dengan dia di sana. Kalau benar bercinta pastinya saya berkongsi kepada umum mengenai hal itu. "Apa yang dapat saya katakan, buat masa ini, fokus diberikan sepenuhnya kepada kerjaya. Urusan cinta dan sebagainya belum terlintas lagi," katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis raptai Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-29 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini. Mengulas mengenai persembahan bersama Waris, dia tidak mempunyai masalah mencari keserasian berkongsi pentas dengan penyanyi rap popular itu. "Saya sudah beberapa kali digandingkan bersama Waris dan tidak kekok untuk membuat persembahan bersama. Kami turut berbincang untuk berkolaborasi merancang projek bersama dalam tempoh terdekat. "Cuma debaran itu lebih terasa kerana diberikan tanggungjawab untuk membuka pentas ABPBH 29. Jadi, mata tertumpu lebih kepada kami kerana membuat persembahan pembukaan," kata Kaka.


Powered by Blogger.