F Kai & Krystal Didakwa Miliki Kediaman Rahsia Untuk Berdua-duaan | Kakigosip.com - Berita Hiburan Malaysia, Gosip Artis, K-Pop, Filem dan Muzik
Sila Follow and Like twitter dan facebook kami.

Berita Terkini
recent

Kai & Krystal Didakwa Miliki Kediaman Rahsia Untuk Berdua-duaan

Hubungan intim anggota kumpulan EXO dan f(x), Kai dan Krystal antara yang masih menjadi topik bualan hangat ramai dikalangan peminat.

Khabar terbaharu, pasangan ini didakwa mempunyai sebuah kediaman peribadi jenis apartmen untuk mereka meluangkan masa berdua.

Media Dispatch baru-baru ini mendedahkan rakaman gambar pasangan tersebut ketika mereka dilihat di tempat letak kereta kawasan kediaman berkenaan.

Spekulasi tambah kukuh apabila beberapa sumber mendakwa pernah terserempak dengan Kai dan Krystal di lokasi yang sama seperti gambar yang didedahkan oleh media tersebut.

Bagaimanapun lokasi kediaman itu dipercayai bukanlah tempat letak kereta di kediaman tetap Krystal ataupun Kai, sebaliknya ia sebuah apartmen studio yang terletak di kawasan Jangan-Dong, Seoul.

Menariknya, lokasi kediaman itu terletak di tengah-tengah antara tempat tinggal Kai dan Krystal.

Terdahulu, pihak pengurusan SM Entertainment telah membuat kenyataan mengesahkan hubungan percintaan Kai dan Krystal.

Namun, label berpengaruh Korea itu sehingga kini belum memberikan sebarang kenyataan mengenai gosip kediaman rahsia milik dua artis naunganya itu.
Powered by Blogger.